Wednesday, January 20, 2010

Muqaddimah PAKK Sri Aman

Assalamualaikum semua..Selamat datang ke Laman Web Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Kampung Hilir, Sri Aman.
PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK BAHAGIAN SRI AMAN

                Penubuhan PAKK merupakan salah satu program yang diusahakan oleh Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK). Ia adalah salah satu usaha yang menyeluruh serta lebih sistematik dalam usaha mencegah penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak yang diwujudkan mengikut keperluan setempat. Objektif penubuhan PAKK adalah untuk menganjurkan program dan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutamanya untuk kanak-kanak. PPKK Bahagian Sri Aman mengambil berat mengenai penubuhan PAKK dalam memastikan penyediaan perkhidmatan khusus agar memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan perkhidmatan sokongan berhubung perlindungan kanak-kanak. 

PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK BAHAGIAN SRI AMAN